Thursday, November 12, 2009

Aku tak salahkan dirimu tp aku doakan kebahagiaanmu...

7 sem aku berada di Upsi aku mengenali seorang lelaki yang ku gelar Mr.A..
pada mulanya hanya kenal gitu2 jak..
sehinggalah sem 5 kami mula jalinkan persahabatan...main sms n bertegur sapa setiap kali terserempak..selama aku kenal dia..dia seorang lelaki yang agak pendiam, baik,rajin dan skema la jugak...nak kata sopan pun boleh gak...sbb dia jenis pemalu dan tak sosial tapi aku senang communicate ngan dia..menyebabkan aku mudah untuk berbincang dengan dia terutama pasal pelajaran...siang malam berganti, kami jadi agak kerap berjumpa...bukan pergi mana-mana tapi pergi pustaka...discusion gitu, terutama pasal BM subjek minor yang aku ambil di UPSI ni. bertukar-tukar bahan tu perkara biasa. dia memang dah banyak bantu aku.

Tiba sem 7, sem last aku di UPSI, sehari tu, sebelum masuk kelas aku jumpa Mr.A di library tukar buku..dan selepas itu aku jumpa seorang kawan lagi, panggil Ms.G Pada mulanya memang aku langsung tak percaya dengan apa yang Ms.G tu cakap.
memang susah untuk aku percaya...impossible kata om puteh.

Untuk kepastian, aku mesej Mr.A ...dia marah sbb aku lebih percayakan orang lain daripada dia...ekoran dari hal tu hubungan kami renggang...dan persahabatan kami putus. agak sedih jugaklah...

tapi....beberapa hari selepas itu, dia mesej. dan persahabatan kami terjalin semula seperti biasa dan akupun dah lupakan hal tu. tapi Ms.G tak putus asa yakinkan aku kebenaran tu...aku pun mula selidik dan tanya orang lain...hasilnya sama seperti apa yang dinyatakan oleh Ms.G. tapi aku masih tidak percaya...mungkin yang mereka maksudkan tu orang lain..mungkin pelanduk 2 serupa.

ada satu malam tu aku Ym dengan kawanku dan aku minta dia tolong selidik coz pakwenya sekampung ngan Mr.A. selidik punya selidik. kenyataan yang sama aku terima.
aku cuba stabilkan fikiranku dengan kelogikan.. tak mustahil semua itu boleh berlaku. sebaik-baik manusia, pasti akan melakukan kesilapan. dia juga manusia biasa.

tapi aku tak usulkan hal ini dengan Mr.A, aku nak tunggu dia luahkan sendiri dengan aku. lagipun time exam aku malas gak nak fikir. tapi setiap kali dia mesej aku, aku harap sangat dia mengaku...tapi hampeh.

Hari selepas exam, Mr.A mesej..bertanyakan bila aku balik dan aku cuba bermain dengan psikologi...sehinggalah dia mengaku kebenaran yang aku dengar sebelum ini.
Dia tak dapat nak xplen semuanya melalui sms so rancang nak jumpa keesokan hari. menurutnya,aku akan terkejut dengan kenyataan yang bakal aku dengar dan kemungkinan esok adalah hari terakhir pertemuan kami. malam itu, otakku ligat berfikir..mencari, menganalisis, mensintesis dan mengagak pangakuan dari Mr.A.

Hari yang dinanti, selepas urusanku selesai di fakulti, aku tunggu dia di depan SITC dan aku rasa itulah tempat yang paling strategik. aku tengok, langkahnya menghala kearahku begitu tidak bermain, ku lemparkan senyuman tapi keluhan yang kuterima. diringkaskan cerita.......dia dah berkahwin dan mempunyai seorang anak, akibat kesilapan yang dia lakukan. menurutnya, dia rahsiakan dariku sebab malu, serba salah dan tidak tahu bagaimana untuk mengexplen dengan aku....aku terima dengan alasannya itu. dan...aku bersimpati dengan beban yang dia pikul. bagaimana caranya untuk mengurus anak bini sedangkan diri pun tidak terurus. hidup dengan duit ptptn. aku hanya mampu memberikan nasihat sebagai sahabat. agak lama juga kami berbual. dia luahkan apa yang tersirat dan beban yang dia pikul.
aku simpati dan aku harap dia di berikan kekuatan untuk melalui semua itu....
-----> nasihat kepada diri sendiri dan di luar sana, fikirlah akibatnya sebelum berbuat sesuatu dan yang paling penting kuatkan iman. dengan adanya iman, insyaAllah hidup kita akan lebih bermakna. dan lagi, keluarga juga tersangatlah penting.

No comments:

Post a Comment