Sunday, May 23, 2010

kenangan saat akhir at batu kurau...

Adui.....Hari ni dah genap seminggu aku tinggalkan batu kurau... namun kenangan 4 bulan bertapa di batu kurau masih segar dalam ingatanku. Terimbas minggu akhir at sedaka, aku jadi murung sehingga menyebabkan serumahku kurang senang ngan aku...sedang mereka tau sebenarnya aku murung sebab apa. Berbanding mereka semakin keriangan hendak meninggalkan batu kurau. Ambil gambar sana sini....Tapi aku....seberat-berat aku datang ke batu kurau, lebih berat lagi aku nak tingalkan batu kurau. Erm..membayangkan saat perpisahan semakin dekat tidurku tidak lena..aku menangis...aku terlalu bahagia di batu kurau dan aku tidak sanggup meninggalkan kebahagiaan ini. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran insan bernama Ainul n Aisah yang merangkap sbg adik angkatku...

Hari khamis (13/5), last aku masuk kelas 4sains2. hatiku sebenarnya menangis saat aku ungkapkan maaf sebagai penghujung pengajaranku tapi ku cuba gelak spt biasa sebab aku tidak akan nangis. Apatah lagi di depan mereka. Malu wei nangis depan mereka. Dahlah diorang tu suka kutuk aku. Saat itu, mataku galak melihat wajah2 mereka dan hatiku berdoa semoga Allah berikan mereka kejayaan dunia dan akhirat. insyaAllah...namun aku tak mampu berpaling arah ainul..sebab aku tau..aku akan nangis. Hua3X.. di bilik guru pulak...guru-guru buat majlis makan2 sebagai perpisahan...adui....sadisnyer...petang tu, aku kuar dengan ainul...time at p.pos abang polis tnya pasai helmet...slumber badak je aku ckp x de..hahaha betapa jujurnya akak ainul ni...sengetlah!!!!! bestnyer gi jalan2.. aku hepy n bahagia sesangat walaupun ujan....thanx ainul coz berikan kak kebahagiaan ni....time malam plak seperti hari2 sebelumnya aku duk dalam bilik jea, bila aku kemas barang mulalah meka sindir aku. “Ai, ingatkan tak nak tinggalkan batu kurau ni”! erm...buat2 tak dengar jer...aku tgh sedih ni, dia pulak gi sindir2. belasah kang!!!! Dah siap packing...aku duduk tgk2 barangku..betulkah aku dah nak tinggalkan batu kurau...betulkah aku akan berpisah dengan ainul?? Adui......air mata.....bkan nangis but cry jer...hahahahahahahahahahahahahaha lupa lak nak cakap, pas magrib gi umah mak su makan2.... Sukanya ku mengusik mak su n daus. Hahahaha

14/05 last day at sedaka. Adoi....1st time jgak datang lewat yang agak melampau... otw dah baca yassin aku baru menyusup masuk astaka. Ari nie tak da kelas, relief pun tak da but aku sibuk tuk selesaikan keja2 yang spatutnya aku siapkan sebelum berambus dari sedaka..buku2 cluz 4sains mmg aku x dapat chek semua. Lau takat chek tibai boleh la...tp itu bukan aku... erm...pastu sesi bgambar tak abis2... ntah aku asyik tunggu ainul je datang bilik guru....sebab lepas ni semua tu takkan berlaku lagi..aku tak dapat duduk dikerusi ni lagi... sedeynyer........................4km2 lak buat majlis. Pastu aku dapat kad dari 4km3...terharunya aku.....kad tu trlalu berharga buat aku...sebelum balik dak 4km3 datang jumpa aku....adui....tak nak nagis wei..................sape2 nangis jumpa aku..sure aku halau!!!! Aku tak mau nangis weyyyyyy!!!! Air mataku terlalu masin. Hahahaha “Ainul.....kak tak tahu nak luah dengan siapa dah nie....yang pasti bukan ainul...tengok muka ainul pun kak dah ase sedih.....tapi takat ni jumpa ainul.. kak masih mampu untuk gelak....gelak tuk mengelakkan kesedihan......”

..aku tangguhkan balik esok coz aku masih ingin bersama ainul. Aku balik ahad...petang tu aku duk lama-lama at bilik guru...kakiku masih berat untuk melangkah balik.....sayangnya aku dengan sedaka. Huh!! Aku sepatutnya gembira kerana perjuanganku 4 tahun akhirnya berjaya aku lalui..saast yang paling aku nantikan. Satu kemerdekaan buat aku dan member-member lain..tapi entah, aku tak fikir langsung aku dah berjaya selama 4 tahun aku merantau....jatuh bangun aku lalui sendiri...tapi aku hanya rasa kesedihan akan meninggalkan batu kurau!!!!!! Petang tu...lepak at tangga with ainul...lokasi paling sesuai tuk aku dating ngan ainul..hahaha lantaklah dak umah nak ckp mende pun. Yang penting aku hepy n tidak kacau hidup meka..biasalah kita takkan dapat puaskan hati semua orang so kita buat apa yang kita rasa betul! Petang tu jugak aku bakar diary yang mencoretkan semua kenangan aku n dia...sedih? tak lah aku tak sedih...malah aku gembira membakarnya bersama ainul! Hahahahaha bagi aku...lau ada jodoh...adalah kan...! aku Cuma mampu berdoa semoga Allah berikan aku pasangan terbaik buat aku yang dapat membimbing aku ke jalan-Nya dan menerima aku seadanya....insyaAllah. Malam, Liya meninggalkan kitorang....aku tak sedih secebis perasaan pun...hahahaha entah...mungkin belum masanya untuk aku kuarkan air mata ni...then kitorang gi umah mak su...makan2 lagi with makcik timah......adui gemuklah aku lau gini wei....no!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (^,^) hua...

15/05 aku datang sekolah jap...sesaje nak buang air mata. Hahah tak la...aku datang sekolah coz nak amek laporan seliaan dari kak nida tapi dia tinggalkan at umah plak... so jumpa pengetua yang comel tuk bagi cenderahati sebagai tinggalan kami at sedaka. Aku tak peduli panggilan 4km3 n sms dari meka untuk datang ke cluz meka...bukan apa..aku tak nak nangis wei...lambai je la....tapi akirnya...nangis jugak aku depan2 bilik guru tu time kak nida peluk aku n bagi kata2 semangat adui......nasib tak banjir sedaka.!!!!!!!!!!!! Then lini plak balik...pisah ngan lini aku nangis coz 4 tahun aku kawan ngan dia....tak kisahlah aishah ada kat situ..ak nangis jgak..hua3x then aku kuar ngan aisha...g beli kertas minyak..pas hantar aku tu dia balik....kul 11 nak kuar lagi plak...adui....aku packing barang agi tuk pos...nak minta tolong ngan ainul dia lak bz...erm...dia dtg pas aku siap packing...nasib ada ct tolong antar gi p.pos. adui....tpaksa g taiping tuk kuarkan duit coz satu2nya ATM at batu kurau out of servis!!!! Sengetlah...!!!!


16hb akan disambung selepas ini....

Thursday, May 6, 2010

semalam aku menangis...

ntah ke mana mood aku semalam dan menyebabkan persiapan untuk di cerap hari ni aku tak buat...buat sikit je aku tertidur..teruk betul lah...aku tak boleh paksa diri ni buat somethiing bila mOod tak de.

nasib baik dengan kehadiran lawak jenaka adikku buat aku terhibur dan tersengih2 depan hp... (tak capai tahap gila lagi.) rasa nak pecah perut dengan lawak jenakanya (kejar mood aku smpai ke sabah)....sengetlaa... hahahaha tapi ia hanya seketika coz dia tidur tanpa permission pun. nasib tak baik jauh, lau dekat dak aku simbah air...hahahaha

selepas itu, aku tutup laptop..walapun keja tak siap....tapi malangnya selepas itu mataku tak mau lelap tapi mengeluarkan air mata..banjir seketika katilku...ntah kenapa aku rasa sedih je...why??? aku rindukan bie?? mungkin. aku tatap gambarnya yang ada di hpku dengan iringan doa semoga aku akan dijodohkan dengannya...hatiku menjerit namanya..
erm...semakin sedih rasanya bila aku buka pic2 4sains2 esp adikku ainul....bertambah banjir la katilku tapi aku cuba sembunyi supaya dak umah tak perasan.....mengenangkan hari perpisahan terasa pilu...aduiiii....seminggu lagi dan aku akan jadikan waktu itu seceria mungkin.

buat adik akak, ainul....kak sayang ainul walaupun senget...

Wednesday, May 5, 2010

Buatmu insan yang tetap bergelar kekasih dihatiku_Bie

Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
*Semoga Allah terus berikan aku perlindungan dan
kekuatan mengharungi semua dugaan ini.
Ya...i can do it!!!! (^_~)

Buatmu insan yang tetap bergelar kekasih dihatiku_Bie

Mulakan hari-hariku dengan doa dan senyuman...

Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk melihat dunia ini... (^_^)

setiap pagi ku mulakan dengan senyuman dengan harapan dapat menceriakan diri ini dan teman serumahku dan aku dah bosan menatap muka monyok@ manja stiap kali bangun subuh...

hahahaha....pagi2 lagi anak tekak aku bersenam...usus aku pun turut sama. hihihi
masuk kelas 4sains 2 lebih menceriakan aku. entah, aku rasa wajah-wajah mereka lawak dan lucu buat aku dan automatik membuat aku gelak..sehingga aku gelar mereka sebagai pengubat kedukaan..esp adik-adikku yang tersayang...

Erm...jap lagi nak masuk kelas meka....
mesti ada yang terlupa bawa buku n tak siap keja...
cium buku la alamatnya....hahahaha

Tuesday, May 4, 2010

Ainul-Erni-Aishah (^_~)

Dua insan kecil yang nakal dan keras kepala...tetapi telah membahagiakan aku...
Alhamdulillah, hanya itu kata yang dapat aku ucapkan. aku bersyukur Allah berikan aku satu perasaan 'sayang' kepada insan ini. inilah kurniaan yang amat bermakna buat aku. sehingga aku tidak sedar ada insan lain yang merasa tersisih. paling sadis bila dia mengambil keputusan sisihkan aku dari hidupnya. Agak kecewa tetapi itu bukan faktor yang boleh merosakkan hari-hariku...aku masih ada keluarga, kawan, pelajar dan adik yang lebih sayangkan aku.

Aku boleh pujuk dan kembali pada dia tapi bagiku itu bukan jalan terbaik..sebab
selepas itu aku tak jamin akan boleh berubah dan memenuhi kehendaknya. ia hanya akan lebih mengecewakan dirinya.

Kau ada orang ketiga? inilah soalan yang aku terima dari teman dan adikku...
tak mungkin aku ada orang ketiga dan tak pernah terlintas dihati dan fikiran ini untuk berpaling darinya. tapi bila aku fikir semula..sebenarnya tuhan ingin melindungi aku dengan memberikan aku dua orang adik yang sebenarnya menyayangi aku dan itulah hikmah sebenarnya...

"Dunia belum berakhir bila kau putuskan aku..."
Ya.....aku tak silap memilih kebahagiaan dan aku tidak boleh memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang hanya akan menyakitkan hati sendiri dan hati orang yang sebenarnya aku cintai.

Aku hanya mampu berdoa semoga hubungan yang kami bina selama 6 tahun akan berkekalan sehingga akhirnya. cuma buat masa sekarang aku ingin mencari ruang untuk diri sendiri.

Lik...jangan pernah bilang aku tak perlukan dirimu..
setiap masa aku perlukan tetapi.................??????? biarlah hanya aku dan Allah yang tahu..
suatu hari nanti kau akan tau juga apa sebenarnya yang aku mahu.

Kini aku menghitung hari dengan rasa berat hati untuk meninggalkan insan ini....

Ainul Rahmah bt Harun
- Keras hati
- Keras kepala
- Nakal
- Degil


Siti Aishah bt Wahab
- Keras hati
- Keras kepala
- Nakal
- Degil

~Perkara paling mengecewakan dan menyedihkan aku adalah bila dua insan yang aku sayang ni bergadOh. Rasa nak belasah je dua2. hahahahaha

Muhasabah diri.... (^_^)

"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...
kerana Allah teramat mencintainya..
Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, bagaimana Allah untuk menjaga kita?
Allah seperti melepaskan kita kepada seseorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita"
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta sesorang lelaki,
bermakna Allah mahu kita kembali untuk dijagaNya. mengapa masih ragu-ragu????!
kekuatan usah ditunggu tetapi mesti dicari.. !Kebahagiaan sebenarnya ada dalam diri kita..

Hargailah kesempatan yang Allah berikan..
" Sebesar-besar dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"




Monday, April 5, 2010

menghitung hari....setiap hari aku menghitung..

sehari berlalu terasa leganya...
dan menanti hari esok dengan perasaan berat sehingga suatu ketika tu tak tertanggung
beban tu...

seminggu sudah berlalu..dia senyap tanpa berita dan aku pun turut menyenyapkan diri walaupun itu bukan yang aku mahu..tapi..tulah kadang kita terpaksa memaksa diri melakukan sesuatu yang bukan kehendak kita.

setiap hari aku memujuk diri....bertahan dan terus bertahan mengawal diri..
if dia boleh buat...why not me??? aku masih waras untuk memikirkan itu..
hati..hati selalunya tidak waras tapi kita dikurniakna akal untuk memikir..
ya....itulah kebenarannya..jangan biarkan diri tenggelam dengan perasaan yang sering di pengaruhi dengan syaitan...tapi dalam hal ini aku tak salahkan syaitan..
tp kekuatan sendiri dalam mengawal amugerah yang Allah kurniakan...

di sini tempat aku meluah kerana sepi..
dan aku bebas untuk berkata-kata....
biarkan..biarkan aku sendirian..
kebahagiaan ada dalam diri kita..
yea... (^_^)

Tuesday, January 26, 2010

Sastera Sa2

Check out this SlideShare Presentation:

Thursday, January 21, 2010

Pendidik??! oh pendidik!

Minggu pertama menjalani ROS sudah bermacam versi cerita terukir. Sedih, Merah, Geram, malu, dan lucu pun ada..

tapi..menjadi guru ataupun pendidik tidak semudah yang di sangka. Kesabaran di pupuk, Kemarahan di tanam...melayan kerenah budak2 bukan mudah. bila masuk kelas nakal aku jadi takut, benci dan berdoa semoga berjalan dengan lancar. tapi bila mengingatkan semula nawaitu dan semangat untuk mendidik anak bangsa agar menjadi seorang yang berguna aku kuatkan azam. Semoga Allah menjadikan aku insan pendidik yang penuh kesabaran dan menjadi pendidik yang terbaik. InsyaAllah..


(Kes umah sewa dah selesai walaupun terdapat sedikit ketidakpuashatian. RM400 sebulan dan RM1600 x 4 tunai. kalau tak setuju kami dengan terpaksanya angkut barang keluar. )

Tuesday, January 19, 2010

Gempak isu rumah sewa!!!

"Ha??!!!! biar betul? ,mahalnya? kat mana tu?!!!"

itulah respon2 yang kami terima daripada guru-guru bila kami katakan rumah sewa (homestay) RM600.oo sebulan. sedangkan kawasan kampung kami tinggal rumah sewa paling mahal pun RM250. Pada mulanya perjanjian sewa tu cuma RM250 tapi tak tau kenapa bila kami datang dan dia tengok muka2 poyo kami ni terlintas difikirannya untuk naikkan sewa. kami yang poyo2 ni ikut jak lah..

Bila tau kenyataan rumah yang kami sewa terlalu mahal dari yang sepatutnya .. Panas juga bila dengar kenyataan tu.. mean kami telah teRkena ketuk ngan tuan umah tu. Salah seeorang guru siap call tuan umah tu untuk kepastian...yang buat sakit hati..tuan umah tu cakap..umah tu banglOOO...banglo lah sangat. Dari pagi hinggalah time balik sekolah isu ni hotZZZ di bilik guru.

Agak takut jugak kami coz petang ni tuan rumah nak datang bincang hal tu. mahunya dia halau kami...kat manalah kami nak merempat. tapi alhamdulillah ramai guru-guru yang turut bersimpati ngan kami dan cuba untuk cari rumah lain untuk kami. Yang lebih berpatutan.

Harap2 semua akan dapat diselesaikan dengan sebaiknya...