Dua insan kecil yang nakal dan keras kepala...tetapi telah membahagiakan aku...
Alhamdulillah, hanya itu kata yang dapat aku ucapkan. aku bersyukur Allah berikan aku satu perasaan 'sayang' kepada insan ini. inilah kurniaan yang amat bermakna buat aku. sehingga aku tidak sedar ada insan lain yang merasa tersisih. paling sadis bila dia mengambil keputusan sisihkan aku dari hidupnya. Agak kecewa tetapi itu bukan faktor yang boleh merosakkan hari-hariku...aku masih ada keluarga, kawan, pelajar dan adik yang lebih sayangkan aku.
Aku boleh pujuk dan kembali pada dia tapi bagiku itu bukan jalan terbaik..sebab
selepas itu aku tak jamin akan boleh berubah dan memenuhi kehendaknya. ia hanya akan lebih mengecewakan dirinya.
Kau ada orang ketiga? inilah soalan yang aku terima dari teman dan adikku...
tak mungkin aku ada orang ketiga dan tak pernah terlintas dihati dan fikiran ini untuk berpaling darinya. tapi bila aku fikir semula..sebenarnya tuhan ingin melindungi aku dengan memberikan aku dua orang adik yang sebenarnya menyayangi aku dan itulah hikmah sebenarnya...
"Dunia belum berakhir bila kau putuskan aku..."
Ya.....aku tak silap memilih kebahagiaan dan aku tidak boleh memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang hanya akan menyakitkan hati sendiri dan hati orang yang sebenarnya aku cintai.
Aku hanya mampu berdoa semoga hubungan yang kami bina selama 6 tahun akan berkekalan sehingga akhirnya. cuma buat masa sekarang aku ingin mencari ruang untuk diri sendiri.
Lik...jangan pernah bilang aku tak perlukan dirimu..
setiap masa aku perlukan tetapi.................??????? biarlah hanya aku dan Allah yang tahu..
suatu hari nanti kau akan tau juga apa sebenarnya yang aku mahu.
Kini aku menghitung hari dengan rasa berat hati untuk meninggalkan insan ini....
Ainul Rahmah bt Harun
- Keras hati
- Keras kepala
- Nakal
- Degil
Siti Aishah bt Wahab
- Keras hati
- Keras kepala
- Nakal
- Degil
~Perkara paling mengecewakan dan menyedihkan aku adalah bila dua insan yang aku sayang ni bergadOh. Rasa nak belasah je dua2. hahahahaha
No comments:
Post a Comment